PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN IDEA REKABENTUK PEMBANGUNAN SEMULA, LOT 969 (LOT LAMA 949) JALAN PERAK, SEK. 1 (BERSEBELAHAN BALAI BOMBA) DAN LOT 169, 171, 272, 273, 544, (TAPAK PASAR), 1897, 2159, 2160 & 2707, SEK. 2, BANDAR JELUTONG, DAERAH TIMUR LAUT, GEORGE TOWN, PULAU PINANG

PENGENALAN

Pertandingan peringkat Kebangsaan ini anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama PAM NC sebagai Urusetia dan disokong oleh MIP & IEM. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli korporat PAM/LAM dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) yang bertauliah dengan Akitek Berdaftar menjadi selaku Ketua Perunding (Lead Consultant) dalam sebarang penyertaan kumpulan perunding.

Pemenang Pertandingan IDEA Rekabentuk Perancangan dan Pembangunan ini mungkin dilantik oleh MBPP sebagai akitek atau pengurus perunding projek (PMC atau PSP) semasa pelaksanaan. Walau bagaimanapun, MBPP berhak tidak melaksanakan projek tersebut.

TAPAK

Tapak cadangan terletak di Jalan Perak, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut, George Town, Pulau Pinang, dengan jumlah keluasan 12.532 ekar (Plot A – 6.242 Ekar dan Plot B – 6.29 Ekar) :

  1. Plot A (bersebelahan Balai Bomba) – Lot 969 (lot lama 949), Sek. 1 dan
  2. Plot B (kawasan sekeliling Lintang Slim, Lintang Slim 1, Lintang Slim 2, Lintang Slim 3, Halaman Slim & Jalan Market) – Lot 272, 273, 169, 171, 544, 1897, 2159, 2160 & 2707 Sek. 2.
  • Plot A & B akan dianggap sebagai tanah rata untuk tujuan pertandingan.

Tapak cadangan ini yang mengandungi 111 buah rumah setinggan dan 7 buah tokong-tokong haram.

KAWASAN ZON

Untuk Perumahan Am atau Kemajuan Bercampur (For Residential or Mixed Development).

VISI & OBJEKTIF

Matlamat pertandingan ini adalah bagi mencari idea rekabentuk perancangan dan pembangunan yang bersesuaian bagi tapak cadangan MBPP berkenaan untuk ditawarkan dan dimajukan oleh pemaju. Pertandingan ini juga perlu mencadangkan sebuah kompleks pasar awam yang akan diserahkan kepada MBPP secara percuma. Peserta Pertandingan digalakkan untuk mengguna kreativiti dengan tidak terikat kepada garis panduan MBPP yang sediada.

Rekabentuk perancangan dan pembangunan adalah terpulang kepada peserta untuk memaksimakan penggunaan tanah dan dalam lingkungan densiti yang dibenarkan. Komponen-komponen yang diperlukan termasuk:

  1. Kompleks Pasar Awam/Penjaja
  2. Pembangunan Perumahan atau Kemajuan Bercampur
  3. Penempatan semula 3 buah tokong sediada di atas tapak.
  4. Penyediaan Rumah Mampu Milik
  5. Peruntukan Rumah Pangsa Kos Rendah sebagai unit pampasan untuk setinggan.
    (111 unit rumah setinggan, berdaftar atau tidak berdaftar, sila rujuk lampiran.)
  • Untuk menggalakkan idea kreatif dan inovasi (seperti menggabungkan Green Building Technologies) melalui penglibatan profesional dalam pembangunan semula kompleks pasar dan pusat penjaja dan pembangunan perumahan dan penempatan semula rumah setinggan dan tokong-tokong sediada. Cadangan Pembangunan sekurang-kurangnya mesti mencapai ‘GBI Certified Rating’.
  • Memajukan dan menaik taraf kemudahan awam sejajar dengan pembangunan kegunaan tanah yang sekeliling.
  • Untuk menggalakkan idea kreatif dalam cadangan Kompleks Pasar/Penjaja Moden yang ‘tidak basah’ dan ‘tidak berbau’.
  • Kemampanan "sustainability & livability" untuk cadangan Rekabentuk & Susunatur Pembangunan.
  • Cadangan Idea mestilah selaras dengan Konsep Pemajuan Yang Mampan dalam konteks Urban Yang Berdaya Tahan (Sustainable Development within Urban Resilience Context).
  • Cadangan idea rekabentuk tidak hanya tetumpu kepada keuntungan semata-mata sebaliknya kepada kemampanan (Sustainability) dan kebolehlaksanaan (feasibility) keseluruhan pembangunan.

KOMPONEN CADANGAN PERUMAHAN

Komponen dan reka bentuk perancangan dan pembangunan, fasiliti dan kemudahan awam dan infrastruktur mesti mengikut Akta-Akta, Dasar-Dasar dan Garis Panduan MBPP semasa, lain-lain Garis Panduan Pihak Berkuasa dan Undang-Undang Malaysia. Mana-mana reka bentuk bukan mengikut pengezonan sedia ada MBPP dan garis panduan semasa akan hilang kelayakan pertandingan secara otomatik.

  • Sebarang kemudahan tempat letak kereta dalam mana-mana bangunan tidak boleh melebihi dari 6 aras tempat letak kereta.
  • Peserta juga perlu menyediakan anggaran kos kasar untuk projek yang melingkungi semua sumbangan dan bayaran Pihak berkuasa, semua yuran profesional yang relevan sehingga CCC / Strata Title.

KOMPLEKS PASAR / PENJAJA DAN DEWAN ORANG RAMAI

Komponen kompleks pasar/penjaja akan mengandungi gerai pasar dan gerai-gerai makanan, kemudahan-kemudahan tempat letak kereta, motosikal dan basikal, satu dewan serbaguna dengan ruang ‘double volume’ yang mampu menempatkan 4 buah gelanggang badminton.

Reka bentuk kompleks pasar/penjaja dan keperluan tempat letak kereta / motosikal / basikal untuk pasar mesti mengikut Garis Panduan Pasar MBPP yang terbaru. Jumlah gerai serta jenis gerai dikehendaki untuk Kompleks Pasar/Penjaja ada disenaraikan dalam ‘Brief’ ini.

Reka bentuk kompleks pasar awam/penjaja adalah untuk menampung 297 unit gerai dengan pasar basah terletak di aras bawah dan pusat penjaja di tingkat satu. Reka bentuk dan susunatur gerai hendaklah berdaya maju, berfungsi dan boleh dilaksanakan. Dewan Orang Ramai/Serbaguna boleh dirancang diatas tingkat dua untuk menampung 4 gelanggang badminton dengan kemudahan-kemudahan ancilliari. Peserta Pertandingan digalakkan untuk mencari inspirasi merekabentuk sebuah Komplek Pasar/Penjaja moden yang bersih, ‘tidak basah’ dan ‘tidak berbau’.

RINGKASAN REKA BENTUK CADANGAN PASAR

A) Pasar
i) PASAR BASAH
Bil
Jenis Jualan
No. Gerai
1
Ikan/Kerang/Udang
21
2
Sayur-sayuran/Sayur Masin/Sayur Ulam
34
5
Ayam Hidup
2
6
Ayam Bersih
5
7
Taukua/Taugeh/Bebola Ikan
8
8
Daging Babi
20
12
Depo Ais
2
13
Daging Lembu
1
14
Bunga
1
15
Kelapa
5
ii) Pasar Kering
Bil
Jenis Jualan
Aktif
1
Buah-Buahan
15
2
Barang Runcit
10
3
Barang Am
54
4
Telur
4
5
Ubat Cina
7
6
Gaharu
2
7
Rempah
3
B) Kompleks Makanan
Bil
Jenis Jualan
Aktif
1
Makanan
99
2
Minuman
4
3
Jumlah
103

Nota: Lain-lain kehendak dan peruntukan yang boleh dicadangkan termasuk: -

  1. Pejabat Pengurusan
  2. Store penyelenggaraan
  3. Kemudahan Surau
  4. Kemudahan Tandas (termasuk OKU dan BilikPenyusuan)
  5. Lot Tempat Kereta untuk wanita sahaja
  6. Pencawang TBN (jika diperlukan)
  7. Dewan (sekurang-kurangnya 4 gelanggang badminton) dengan peruntukkan tandas Lelaki/ Wanita/ OKU) dan satu buah stor.
  8. Minimum 4 petak ruang pemunggahan diperlukan
  9. Pusat pengumpulan sampah
  10. ​Mematuhi MS 1184 (Universal Design), UBBL, MS 1525 dll.
  11. Mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2016 dan lain-lain Akta yang Berkenaan.

LAMPIRAN

Bersama-sama ini disertakan lampiran rujukan yang mengandungi :

(i)
Fail Tapak di dalam format PDF and ACAD
(ii)
Syarat-Syarat dari Segi Kesihatan, Kebersihan dan Am bagi Pembinaan Kompleks Penjaja dan Pasar Awam oleh Bahagian Pelesenan, MBPP – Lampiran 1
(iii)
‘Guidelines by State Government of Penang on Compensation for Squatters/Occupiers’ – Lampiran 2
(iv)
Dasar Melestarikan, Melariskan dan Mempergiatkan Penjualan Perumahan dengan campuran Jenis Mampu Milik di Negeri Pulau Pinang –Lampiran 3
(v)
Penambahbaikan Garispanduan Penyediaan Skim Perumahan 100% Rumah Mampu Milik (RMM) di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) 2017 – Lampiran 4
(vi)
Garispanduan untuk Kemajuan Bercampur – Lampiran 5
(vii)
Garispanduan Peningkatan Ketumpatan Dan Nisbah Plot (128 unit/Ekar) Bagi Kawalan Pemajuan Kediaman, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, 2017 – Lampiran 6
(viii)
Garispanduan Ketumpatan/Nisbah Plot Pemajuan (15 unit / 30 unit per Ekar) – Lampiran 7
(ix)
Perincian Tapak dan Zon Kegunaan Tanah

Semua lampiran di atas adalah untuk rujukan saja dan tidak semestinya digunapakai.

KRITERIA

Penyertaan akan dinilai (or judge) berdasarkan kriteria berikut dan mematuhi garis panduan MBPP dan pihak berkuasa lain: -

  • Bangunan Kompleks Pasar/Penjaja mesti menampung 297 gerai.
  • Idea Rekabentuk Pembangunan Semula yang dicadangkan tidak hanya tertumpu kepada keuntungan semata-mata sebaliknya kepada kemampanan (termasuk penyelenggaraan) dan kebolehlaksanaan keseluruhan pembangunan.
  • Rekabentuk perlu mematuhi keperluan Green Building Certification
  • Rekabentuk perlu mematuhi keperluan UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM (UBBL):
  • Kajian Lalulintas dan Aliran yang berkaitan dengan persekitaran sediada perlu dikemukakan untuk reka bentuk yang dicadangkan, walau bagaimanapun Laporan Penilaian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment) tidak perlu dikemukakan.
  • Isu-isu setinggan perlu diselesaikan dengan mengemukakan kaedah-kaedah penyelesaian terlebih dahulu sebelum pembangunan dimulakan. Bilangan setinggan adalah berdasarkan ringkasan lampiran.
  • Tiada keperluan untuk penempatan semula 1 unit Klinik Kesihatan sediada.
  • Penempatan semula 3 buah Tokong sediada diperlukan untuk penempatan semula.
  • Kebolehlaksanaan cadangan projek amatlah penting dan merupakan faktur utama semasa penilaian.
  • Peserta Pertandingan digalakkan untuk mencari kreativiti sendiri dalam sebarang Konsep dengan tidak terikat kepada garis panduan di atas.

JURI PENILAIAN

Penilaian penyertaan dan pemilihan pemenang akan dibuat oleh satu panel juri mengandungi wakil-wakil berpengalaman dan berprofessional dari:-

  1. Ir. Addnan b. Mohd. Razali (Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang)
  2. Puan Zuraini bt. Mat Rasit (Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPP)
  3. Ar. Ezumi Harzani Ismail (President of PAM)
  4. Ar. Dr. Tan Loke Mun (Past President of PAM)
  5. Ar. Chan Seong Aun
  6. Ar. Von Kok Leong (Past President of MGBC)
  7. TPr. Tan Thean Siew (Past Chairman of MIP and Bekas Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan,MBPP)

PROSES PERTANDINGAN

Pertandingan idea reka konsep akan diteruskan berdasarkan langkah-langkah berikut:-

  • Peserta mestilah terdiri daripada Akitek atau Kumpulan Akitek/Perancang yang bertauliah di Malaysia dengan Akitek sebagai Ketua Perunding (Lead Consultant) untuk tujuan pendaftaran.
  • Peserta yang berminat akan mendaftar masuk pertandingan dengan menyerahkan Borang Pendaftaran Penyertaan Online sebagai satu pendaftaran dalam mengambil bahagian di pertandingan. Peserta boleh hantar lebih daripada satu penyertaan dengan menyerah Borang Penyertaan yang berasingan.
  • Peserta kemudiannya akan mengemukakan penyertaan mereka dalam format yang disediakan.
  • Atas penerimaan, setiap penyertaan akan dibekalkan satu nombor penyertaan untuk tujuan penilaian.
  • Panel juri akan menilai penyertaan terhadap Visi dan Objektif Projek dan Kriteria Penilaian dan akan menyenarai-pendek 5 penyertaan untuk membentangkan cadangan mereka.

Sijil Penghargaan akan diberikan kepada semua penyertaan.

HADIAH WANG

Penganjur akan menerima keputusan muktamad yang dibuat oleh panel juri dan hadiah wang berikut akan dianugerahkan kepada pemenang.

  1. Hadiah Pertama – RM 50,000.00 + sijil
  2. Hadiah Kedua – RM 30,000.00 + sijil
  3. Hadiah Ketiga – RM 20,000.00 + sijil
  4. Hadiah Keempat – RM 10,000.00 + sijil
  5. Hadiah Kelima – RM 5,000.00 + sijil

Dari penyertaan yang diterima, penganjur akan memilih pemenang daripada 5 penyertaan yang disenaraipendek untuk melaksanakan cadangan projek mengikut keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang samada sebagai akitek atau pengurus konsultan projek (PSP or PMC). IDEA REKABENTUK YANG TERPILIH HANYA BOLEH DILAKSANAKAN OLEH PENGANJUR PADA PROJEK PERTANDINGAN INI SAJA.

PIHAK PENGANJUR TIDAK TERIKAT UNTUK MELAKSANAKAN CADANGAN PROJEK TERSEBUT.

Sekiranya MBPP berniat untuk melaksanakan projek tersebut yang dicadangkan, maka hadiah wang yang dimenangi oleh peserta akan termasuk sebagai sebahagian daripada jumlah yuran perundingan profesional untuk projek tersebut.

Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

KEPERLUAN BAHAN-BAHAN PERTANDINGAN

Semua bahan-bahan penyertaan tidak boleh mengandungi sebarang maklumat yang berkenaan dengan peserta selain nombor penyertaan yang akan diberi oleh pihak penganjur.

Keperluan pengemukaan adalah seperti berikut:

  • Satu(1) Rekod Pendaftaran Penyertaan Online (Online Registration) yang lengkap diisi.
  • Pengemukaan Digital melalui laman web – tidak melebihi daripada 25MB bagi setiap penyertaan (dalam 3 format PDF, AutoCad dan Power Point untuk tujuan cetakan saiz A2) termasuk:
    1. Tidak melebihi 10 (A2) helai lukisan termasuk info idea rekabentuk dalam PDF fail.
    2. Tidak melebihi 6 (A4) helai keterangan dan info untuk menerangkan idea rekabentuk dalam PDF fail.
    3. Laporan ‘Feasibility’ untuk jumlah kos pembangunan (tidak termasuk kos tanah).
    4. Semua lukisan dalam CD mestilah dalam skala metrik.

Salinan pengemukaan digital perlu dilampirkan melalui laman web http://competition.architecturemalaysia.com/ pada tarikh yang ditetapkan.

  • Pengemukaan Hardcopy
    1. Tidak melebihi 10 (A2) helai lukisan termasuk info idea rekabentuk
    2. Tidak melebihi 6 (A4) helai keterangan dan info untuk menerangkan idea rekabentuk.
    3. ‘Feasibility’ untuk jumlah kos pembangunan (tidak termasuk kos tanah).
    4. 1 keping CD mengandungi salinan penyerahan digital dalam 3 format PDF, Autocad fail dan Power Point fail.
    5. Semua lukisan mestilah dalam skala metrik.

Salinan pengemukaan Hardcopy juga perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan kepada alamat berikut:

The Secretariat
Pertandingan Peringkat Kebangsaan Idea Rekabentuk Pembangunan Semula, Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang
c/o Pertubuhan Akitek Malaysia Northern Chapter
3, Lorong Amoy,
10050, Penang
MALAYSIA

SENARAIPENDEKKAN PESERTA

5 peserta yang telah disenaraipendekkan perlu menyediakan persembahan projek selama 30 minit untuk dibentangkan kepada para juri pada tarikh yang ditetapkan sebelum penilaian terakhir dijalankan oleh panel juri.

Segala perbelanjaan yang digunakan bagi penyediaan dan penghantaran salinan penyerahan Hardcopy ke tempat Secretariat, persembahan dan perbelanjaan perjalanan adalah dibawah tanggungjawab peserta masing-masing.

PROSEDUR PENYERTAAN

Ahli-ahli korporat PAM/LAM dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) berminat perlu berdaftar dengan melengkapkan borang pendaftaran penyertaan online yang dapat di laman web http://competition.architecturemalaysia.com/ dan membayar yuran pendaftaran mengikut kadar yang ditetapkan. Selepas pengesahan pendaftaran, peserta pertandingan boleh memuat turunkan (daripada laman web yang sama) Brief Pertandingan dan semua lampiran dan informasi berkenaan dengan pertandingan ini.

Nombor penyertaan akan diberikan kepada peserta yang berjaya mendaftar, dan akan digunakan untuk pertandingan ini. Tiada sebarang identifikasi dan maklumat berkenaan dengan nama peserta atau nama syarikat peserta dibenarkan dalam ‘softcopy’ dan ‘hardcopy’ untuk sebarang pelan-pelan yang dikemukakan.

Panel juri dan Penganjur serta rakan kongsi, pengarah dan pekerja di bawah syarikat para panel juri dan Penganjur adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

YURAN PENDAFTARAN

Yuran pendaftaran sebanyak RM371.00 (RM350 + 6% GST) perlu disediakan dalam bentuk Banker’s Cek atau Telegraphic Transfer dan dihantar kepada:

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli korporat PAM/LAM dan MIP/LPBM dengan bukti pendaftaran sah dari PAM/LAM termasuk akitek sebagai ‘Lead Consultant’ untuk kumpulan akitek/perancang yang menyertai pertandingan. Sila lampirkan bukti pembayaran dan salinan sijil pendaftaran profesional (ahli PAM/LAM saja) yang sah melalui laman web http://competition.architecturemalaysia.com/, berserta dengan nama peserta/ syarikat peserta untuk rekod pihak penganjur. Bukti bayaran diperlukan sebelum peserta berjaya didaftarkan.

Setiap pendaftaran adalah sah untuk satu (1) penyertaan saja. Peserta boleh hantar lebih daripada satu (1) penyertaan, dengan syarat setiap penyertaan tersebut adalah di bawah pendaftaran yang berasingan dengan nama pengguna (username) yang berlainan.

Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan.

KEHILANGAN KELAYAKAN

Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya:

  • Pengemukaan yang diterima selepas 12.00 tengah hari, 9hb April 2018.
  • Pengemukaan yang tidak mematuhi Kehendak Pengemukaan Penyertaan Pertandingan.

HAK PENGANJUR ATAS BAHAN PENGEMUKAAN PESERTA

Semua bahan pengemukaan peserta adalah di bawah pemilikan pihak penganjur (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan tidak akan dipulangkan kepada peserta.

HAK CIPTA

Semua pengemukaan peserta adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta, 1987 dibawah Undang-Undang Malaysia termasuk sebarang pindaan ke atas akta tersebut.

Semua pengemukaan lukisan dan dokumen yang berkenaan dengan pertandingan adalah kepunyaan hak cipta peserta pertandingan masing-masing, tiada pindaan dan penggunaan boleh dilaksanakan tanpa kebenaran peserta pertandingan.

Idea dan Rekabentuk yang dikemukakan oleh pemenang hanya boleh digunakan semata-mata untuk projek pertandingan saja oleh penganjur dan penganjur tidak boleh mengulang penggunaannya dimana-mana projek yang lain tanpa kebenaran pemenang.

Penganjur tidak boleh mengguna cadangan rekabentuk peserta pertandingan untuk pelaksanaan samada sebahagian atau secara keseluruhan tanpa kebenaran peserta pertandingan, termasuk yang telah mendapat hadiah atau yang belum mendapat hadiah.

Akan tetapi, pihak penganjur (MBPP) berhak untuk mempamerkan, menerbit, mengambil gambar, arkib, simpanan secara elektronik, atau pun rekod, untuk semua pengemukaan tanpa sebarang bayaran dan sekatan. Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta dan pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak penganjur (MBPP) untuk menggunakan dan memproses semua bahan pengemukaan dengan cara yang dianggap sesuai oleh penganjur di dalam mana-mana media tanpa pampasan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Tarikh dan tempat pengumuman keputusan pertandingan akan dimaklumkan kepada para peserta oleh pihak penganjur kelak. Keputusan juri adalah muktamad.

JADUAL TARIKH PENTING PERTANDINGAN

Perbincangan Awal
18 - 29 Sept 2017
Penyediaan Ringkasan Pertandingan
18 – 29 Sept 2017
Penyediaan Laman Web Pertandingan
11 – 18 Dec 2017 *
Keputusan Kebenaran PAM/LAM
23 Nov 2017
Perlancaran Pertandingan
24 Jan 2018*
Tempoh Pendaftaran
24 Jan – 14 Feb 2018*
Pendaftaran Tutup
14 Feb 2018 12.00 tengah hari*
Tempoh Pertandingan
14 Feb 2018 – 9 April 2018*
Tarikh Akhir Pengemukaan Bahan Penyertaan
12 tengah hari, 9 April 2018*
Penilaian
16 April 2018*
Pengumuman Senarai Pendek 5 Peserta
21 April 2018*
Pembentangan Peserta
Akan dimaklumkan*
Pengumuman Pemenang
Akan dimaklumkan*
Penyampaian Hadiah
Akan dimaklumkan*
Pameran Penyertaan Semua Peserta
16 April – 7 Mei 2018*
Perbincangan Awal 18 - 29 Sept 2017
Penyediaan Ringkasan Pertandingan 18 – 29 Sept 2017
Penyediaan Laman Web Pertandingan 11 – 18 Dec 2017 *
Keputusan Kebenaran PAM/LAM 23 Nov 2017
Perlancaran Pertandingan 24 Jan 2018 *
Tempoh Pendaftaran 24 Jan – 14 Feb 2018 *
Pendaftaran Tutup 14 Feb 2018 12.00 tengah hari *
Tempoh Pertandingan 14 Feb 2018 – 9 April 2018 *
Tarikh Akhir Pengemukaan Bahan Penyertaan 12 tengah hari, 9 April 2018 *
Penilaian 16 April 2018 *
Pengumuman Senarai Pendek 5 Peserta 21 April 2018 *
Pembentangan Peserta Akan dimaklumkan *
Pengumuman Pemenang Akan dimaklumkan *
Penyampaian Hadiah Akan dimaklumkan *
Pameran Penyertaan Semua Peserta 16 April – 7 Mei 2018 *
  • Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan
  • Pameran Penyertaan Semua Peserta akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di Padang Kota.

PENGURUSAN DAN PENAUNG

Pertandingan ini adalah di bawah penganjuran, pengurusan dan Penaung Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dan PAM NC adalah urusetia untuk pertandingan ini dengan sokongan daripada MIP dan IEM juga.

Segala urusan dan pertanyaan perlu dihantar kepada:

Urusetia,
Pertandingan Peringkat Kebangsaan Idea Rekabentuk Pembangunan Semula, Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang
c/o Pertubuhan Akitek Malaysia Northern Chapter
3, Lorong Amoy,
10050, Penang
MALAYSIA
Tel/Fax: +604-2272207
E-mel : pamnc.events@gmail.com (untuk sebarang pertanyaan)
Website: http://www.architecturemalaysia.com

Menu